happy fasting !

Setelah sekian lamanya tidak meng-update blog, terasa gatal tangan ini ingin berkarya. Hampir seminggu. tidak se simple meng-update status di FACEBOOK. Cukup due tige baris, tekan share. Selesai. Nahh. Memandangkan syaaban bakal melabuh kan tirainya, menanti pula kedatangan ramadhan tidak kurang dari 11 jam sahaja lagi. Aku ingin mengucapkan 
“SELAMAT BERPUASA RAKAN RAKAN ! “

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat. 

2 comments:

  1. HAPPY FASTING MONTH juge!! kawan che2 a.k.a kim...hoho~~

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot for sharing and I have some special things for you. If you are in free time. Read and ponder the good quotes of life below, you will surely draw in life's own deep lessons.waiting for love quotes and or you can relax by playing the game after the tired working timemotorcycle racing games You can relax by reading the stories as danh sach truyen ngon tinh. Each article definitely sexmang to give you the most comfortable feeling. Enjoy the experience!

    ReplyDelete